[KEJAM ~MAYAT DIIKAT BERSAMA MOTOR YAMAHA LC DALAM SUNGAI TIMUN,REMBAU~

[KEJAM ~MAYAT DIIKAT BERSAMA MOTOR YAMAHA LC DALAM SUNGAI TIMUN,REMBAU~



Mayat seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh telah ditemui terapung dan diikat bersama motosikal di Sungai Timun, Rembau semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif menyatakan mayat tersebut itu ditemui terapung di sungai itu oleh orang ramai sekitar jam 5.30 petang.

Pemeriksaan polis mendapati mayat itu disumbat ke dalam guni plastik berwarna putih menutupi kepala sehingga lutut manakala kakinya diikat serta dibiarkan terjulur keluar.

Mayat itu turut diikat menggunakan wayar berwarna hijau bersama-sama dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

“Setakat ini kita masih tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada pengenalan diri dijumpai bersama-samanya.

Polis masih menyiasat punca serta motif pembunuhan itu,” katanya.
Menerusi keadaan mayat yang sedang dalam proses pereputan, mangsa berkemungkinan telah meninggal dunia dalam tempoh kurang seminggu.

Mayat mangsa berjaya diangkat dan dikeluarkan ke jalan utama dengan bantuan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

SUMBER
[KEJAM ~MAYAT DIIKAT BERSAMA MOTOR YAMAHA LC DALAM SUNGAI TIMUN,REMBAU~ [KEJAM ~MAYAT DIIKAT BERSAMA MOTOR YAMAHA LC DALAM SUNGAI TIMUN,REMBAU~ Reviewed by Unknown on Monday, October 06, 2014 Rating: 5

No comments