[TRAGIS] SEDIH -LAGI 21 FOTO ~KEJADIAN SEBENAR 2 MAUT DALAM KEMALANGAN TRAGIS DI LEBUHRAYA KARAK-TRAGEDI SUPERBIKE-KARAK~

[TRAGIS] SEDIH -LAGI 21 FOTO ~KEJADIAN SEBENAR 2 MAUT DALAM KEMALANGAN TRAGIS DI LEBUHRAYA KARAK-TRAGEDI SUPERBIKE-KARAK~
(AL-FATIHAH)



KUALA LUMPUR, 19 Okt : Satu kemalangan tragis telah berlaku kira-kira jam 11.40 pagi tadi di kilometer 25-26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di mana melibatkan tiga buah motosikal berkuasa tinggi dan 2 buah kereta.

Kemalangan ini berpunca daripada lori yang melintang di tengah jalan kerana tergelincir dari tow truck dan menyebabkan trafik menjadi perlahan dan sesak. Kemudiannya motosikal tersebut ditunggang laju bersama kumpulan Big Bike yang mana ketika turun bukit lalu dikatakan salah seorang penunggang depan membrek motosikalnya secara tiba-tiba menyebabkan kemalangan berlaku melanggar sebuah kereta yang sedang berhenti. Selepas itu motosikal kedua datang dan melanggar kereta yang sama lalu terbakar. Sebuah lagi motosikal juga tidak sempat mengelak lalu terjatuh.Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan, kata jurucakap itu.

Kemalangan itu telah menyebabkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang terlibat terbakar dan penunggangnya rentung. Seorang lagi yang maut dipercayai kerana dilanggar manakala seorang lagi cedera parah, tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang.

Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menyiarkan beberapa gambar kejadian itu.

























 










Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.
Sebelum ini, Lebuhraya Karak menuju Lebuhraya Pantai Timur memang menjadi spot kegemaran penunggang motosikal berkuasa tinggi kerana keadaan geografinya yang berbukit dan jalan berbukit

Kemalangan motosikal berkuasa besar dan kereta di lebuhraya karak menyebabkan kebakaran dan penungganq motosikal rentung

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

JENIS INSIDEN:KEMALANGAN J/RAYA
TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN:19/10/2014 (1122)
JENTERA PERTAMA TIBA: 1140
ALAMAT: KM25 LEBUHRAYA
KEMALANGAN MELIBATKAN 3 BUAH MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI DAN TELAH TERBAKAR MELIBATKAN 3 ORANG MANGSA (1 RENTUNG, 2 CEDERA PARAH)
MANGSA:1 RENTUNG 2 CEDERA PARAH

MASA INFOBLAST DIHANTAR:1209
Berita terbaru.
1 penunggang rentung (mati)
1 penunggang dilnggar (mati)
1 penunggang parah

SUMBER
[TRAGIS] SEDIH -LAGI 21 FOTO ~KEJADIAN SEBENAR 2 MAUT DALAM KEMALANGAN TRAGIS DI LEBUHRAYA KARAK-TRAGEDI SUPERBIKE-KARAK~ [TRAGIS] SEDIH -LAGI 21 FOTO ~KEJADIAN SEBENAR 2 MAUT DALAM KEMALANGAN TRAGIS DI LEBUHRAYA KARAK-TRAGEDI SUPERBIKE-KARAK~ Reviewed by Unknown on Monday, October 20, 2014 Rating: 5

No comments