[TERKINI] SEDIH [FOTO]~122 PETUNJUK BARU #MH370

[TERKINI] SEDIH [FOTO]~122 PETUNJUK BARU #MH370




122 objek dikesan MRSA 2,557 kilometer dari Perth.
Kuala Lumpur: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan satu lagi petunjuk baru untuk mengesan MH370 berdasarkan kepada imej satelit daripada Airbus Defence and Space dari Perancis yang berjaya mengesan 122 objek di selatan Lautan Hindi.

Menurut beliau, imej satelit bertarikh 23 Mac itu sudah dianalisis oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dan 122 objek dikesan di kawasan seluas kira-kira 400 kilometer persegi yang terletak 2,557 kilometer dari Perth.Penemuan MRSA sudah diberi kepada Pusat Koordinasi Penyelamat Australia di Perth, semalam, katanya.
Katanya, sebahagian daripada objek yang dikesan satelit Airbus UK itu berukuran sehingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar, kemungkinan milik pesawat MH370.
"Maklumat ini sangat berguna dan sekiranya semua objek ini jelas milik MH370, kita akan beralih ke fasa baru dalam pencarian iaitu untuk mencari kotak hitam," tegas Hishammuddin.




SUMBER
[TERKINI] SEDIH [FOTO]~122 PETUNJUK BARU #MH370 [TERKINI] SEDIH [FOTO]~122 PETUNJUK BARU #MH370 Reviewed by Unknown on Wednesday, October 15, 2014 Rating: 5

No comments