[DASYAT] ~LELAKI INI MILIKI KERJA PALING BEST DIDUNIA??~

[DASYAT] ~LELAKI INI MILIKI KERJA PALING BEST DIDUNIA??~



Lars Larson baru-baru ini telah dipilih sebagai "Manusia dengan Kerja Terbaik di Dunia." Dia bukan seorang atlet profesional, penyanyi atau pelakon popular, dia hanya seorang Pegawai Kesihatan & Keselamatan untuk Topless Female Trampoline World Championships.

Yup, Larson ditugaskan mengurut atlit tanpa pakaian itu selepas mereka menjalani latihan harian mereka, menyerahkan tuala apabila mereka habis mandi dan sebagainya. Jika Lars Larson mengingatkan anda dengan seorang pelakon lelaki daripada Bridesmaids, Friends with Kids, dan Girls, maka anda mungkin sedar bahawa Lars Larson ini tidak wujud begitu juga dengan bidang sukan trampoline bogel.

Sebenarnya lelaki dalam video lima minit ini adalah Chris O'Dowd yang membawa kita untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara lelaki. O'Dowd bekerjasama dengan CoppaFeel.org untuk membuat video nakal ini sebagai sebahagian daripada kempen untuk menggalakkan lelaki agar mengambil serius kanser payudara dan sentiasa memeriksa diri untuk mengetahui samada terdapat 'benda' di bahagian dada anda!

Ya! Lelaki juga mengalami kanser payudara, sila jenguk web Lars Larson untuk info lanjut!

SUMBER
[DASYAT] ~LELAKI INI MILIKI KERJA PALING BEST DIDUNIA??~ [DASYAT] ~LELAKI INI MILIKI KERJA PALING BEST DIDUNIA??~ Reviewed by Unknown on Saturday, October 18, 2014 Rating: 5

No comments