[TAHNIAH] ~FOTO YAZER (ROCK STEADY) & EKIN (AF3) BAKAL NIKAH DISEMBER~

[TAHNIAH] ~FOTO YAZER (ROCK STEADY) & EKIN (AF3) BAKAL NIKAH DISEMBER~


Yazer & Ekin (AF3) Bakal Nikah Disember Ini

KUALA LUMPUR, 17 OKT 2014: Penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Yazer mengesahkan dia bakal berkahwin dengan kekasihnya, Ekin yang juga turut merupakan bekas pelajar AF3 pada 26 Disember ini selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.

Yazer atau nama sebenarnya Mohd Yazer Yusof, 32, juga tidak menyangka perhubungan yang lama itu akhirnya dapat disatukan meskipun cinta mereka pernah putus seketika pada November tahun lalu.

Namun selepas masing-masing bermuhasabah diri, anak kelahiran Sabah ini mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa.

Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di kediaman keluarga Ekin di kampung Bebuloh Laut, Labuan, Sabah dan acara resepsi diadakan pada 28 Disember di lokasi sama.

Bagaimanapun, Yazer belum merancang sama ada mahu mengadakan majlis di kampungnya, Tawau, Sabah atau tidak.

Tambah Yazer, majlis mereka nanti akan diadakan dalam keadaan yang sederhana dan jika ada rezeki, barulah mereka akan turut mengadakan majlis di kampungnya.

Dalam pada itu, tambah Yazer, dia juga bersyukur apabila Ekin atau nama sebenarnya Norashikin Abdul Rahman, 30, menerima lamaran itu tanpa berfikir terlalu lama.

Katanya, selepas putus cinta selama lima bulan, jiwa mereka berasa kosong dan saling memerlukan antara satu sama lain.

"Saya anggap ada hikmahnya kami berpisah sementara. Masing-masing berfikir tentang hala tuju hubungan ini apatah lagi kami susah senang bersama.

"Dan saya percaya sukar untuk kita mencari pasangan yang sanggup jatuh bangun bersama-sama. Doakan jodoh kami kuat hingga akhir hayat," ujarnya.

Yazer dan Ekin mula menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program realiti siaran Astro, Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) pada tahun 2005.


SUMBER
[TAHNIAH] ~FOTO YAZER (ROCK STEADY) & EKIN (AF3) BAKAL NIKAH DISEMBER~ [TAHNIAH] ~FOTO YAZER (ROCK STEADY) & EKIN (AF3) BAKAL NIKAH DISEMBER~ Reviewed by Unknown on Saturday, October 18, 2014 Rating: 5

No comments