RUMAH PUSAKA DI BAKAR HANYA KERANA TELEFON TIDAK DAPAT DI BAIKI

Rumah yang terbakar kerana kejadian

KUCHING - Disebabkan hanya telefon pintar samsung gagal dibaiki, seorang pemuda berusia 27 tahun bertindak memakar rumah pusaka peninggalan arwah ibunya. Kejadian berlaku di Kampung Lereng Bukit, Miri kelmarin.

Akibat dari kejadian yang tak masuk akal itu, 20 penghuni di dalam rumah berkenaan kini tinggal sehelai sepinggang, lapor Kosmo!.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.00 malam itu, sebuah kereta Perdua Kancik dan sebuah Toyota Wish milik penyewa turut terbakar. Seekor kucing pula nyaris mati rentung.

Awang Chek, 63, bapa kepada pemuda yang bertindak ganas itu berkata, sebelum kebakaran, dia dan anak bongsunya itu pergi ke kedai telefon untuk membaiki telefon Samsung anakya yang rosak malangnya telefon tersebut tidak dapat dibaiki.

"Anak saya hampa dan semasa dalam perjalanan pulang menunggang motosikal, dia sangat marah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan termasuk mahu membakar rumah."
RUMAH PUSAKA DI BAKAR HANYA KERANA TELEFON TIDAK DAPAT DI BAIKI RUMAH PUSAKA DI BAKAR HANYA KERANA TELEFON TIDAK DAPAT DI BAIKI Reviewed by Anonymous on Friday, August 29, 2014 Rating: 5

No comments