[FOTO]~Rebecca Nur Islam Ambil 5 Adik Beradik Anak Mangsa Kemalangan Jadi Anak Angkat ~
~[FOTO] Rebecca Nur Islam Ambil 5 Adik Beradik Anak Mangsa Kemalangan Jadi Anak Angkat ~
Alhamdulillah
Kehilangan ibu bapa pada usia yang muda pastinya menjadi satu cabaran buat 5 adik beradik ini terutamanya kepada si anak sulung yang baru berusia 16 tahun. Dengan adanya Rebecca dan suami sebagai ibu bapa angkat, sekurang-kurangnya selain daripada bantuan kewangan, bantuan daripada segi emosi dan kasih sayang dapat diterima oleh mereka.
kata-kata Rebecca mengenai keputusannya ini:-
Selepas saya membaca berita kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa mereka, saya berusaha mendapatkan nombor telefon ibu saudara mereka dan selepas berpuluh kali saya menghubunginya, baru saya dapat bercakap dengannya. Saya faham situasi mereka yang terpaksa berhati-hati kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Kini saya dan suami selalu menjenguk mereka di Cheras, bertanya khabar dan berkongsi kasih sayang dengan mereka. Mereka masih tinggal di rumah yang didiami bersama ibu bapa mereka dulu. Saya rasa mereka tiada masalah dari segi kewangan kerana ramai yang menghulurkan bantuan, cuma apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian.

Saya nasihatkan dia (anak sulung), jika dia ingin memperoleh masa depan yang lebih baik dan terjamin, jangan berhenti sekolah kerana pelajaran saja yang dapat mengubah hidup mereka kerana takkan selamanya mereka mesti bergantung harap kepada bantuan orang lain. Saya dan suami sedia membantu dari segi kewangan asalkan mereka mahu belajar.
Saya mahu membahagiakan mereka. Ini bukan kali pertama saya mengambil anak angkat tetapi perasaan belas saya pada lima beradik ini mengatasi yang lain kerana Allah SWT ‘menjemput’ kedua-dua ibu bapa sekali gus. Kali pertama saya berjumpa mereka, si bongsu Safia memanggil-manggil ibunya. Hati mana yang tidak meruntun, apatah lagi mengenangkan saya sendiri ada anak kecil. Saya mahu anak-anak itu berjaya dalam pelajaran dan buktikan kepada masyarakat anak yatim piatu juga boleh berjaya
Semoga apa yang dilakukan oleh Rebecca ini akan menjadi ikutan lebih ramai selebriti di luar sana terutamanya. Kalau ada rezeki yang lebih, apa salah kita kongsikan dengan mereka yang benar-benar memerlukan. Iye tak?
Tahniah Rebecca atas usaha anda. Respek!!! Sumber Harian Metro.
SUMBER
[FOTO]~Rebecca Nur Islam Ambil 5 Adik Beradik Anak Mangsa Kemalangan Jadi Anak Angkat ~
Reviewed by Unknown
on
Saturday, August 30, 2014
Rating:
Post a Comment