[KISAH BENAR]~Pengkid Bakar Rumah Kekasih Kerana Keluarga Tak Restu~

[KISAH BENAR]~Pengkid Bakar Rumah Kekasih Kerana Keluarga Tak Restu~





Pengkid adalah PEREMPUAN yang berkelakuan seperti lelaki...
Golongan ini juga bernafsu terhadap wanita tanpa mengira usia samaada kanak=kanak,dara,janda semua disapunya.
Cuba anda google dah banyak kes macam ni.Dan golongan ini juga bertambah-tambah kerana tiada penangkapan golongan ini yang berpakaian lelaki.Berbeza pula dengan lelaki yang berpakaian wanita.



ROMPIN -Polis  memburu seorang ‘pengkid’ yang dipercayai membakar rumah seorang wanita yang juga kekasihnya di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Yahaya berkata, suspek yang berusia 21 tahun itu dan tidak bekerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya.

“Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.

Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.

Johari berkata, suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubungi pihak polis. –BERNAMA

Info Pengkid

Pengkid ialah ‘tomboy’ atau lesbian ,merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual .Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka.

Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri disebabkan tanggapan konservatif dan negatif yang banyak dipaparkan di media massa.

Walaubagaimanapun, kegiatan pengkid kini lebih terancang dan berani, terutamanya di kalangan aktivis hak-hak seksualiti dan gender.
‘Pengkid’ tegar, agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat. Sejak 1988, kira-kira 200 dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid,’ datang KEWAJA sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa.

Walaupun yang demikian, tiada kajian perubatan dan psikiatri yang kukuh dapat melaporkan bahawa rawatan fizikal dan rohani boleh “memulihkan” golongan pengkid.

Secara semulajadi. Dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, kadangkala diputik ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya.

Pengkid sering disalah erti kerana terdapat segelintir yang hakikatnya tidak menunjukkan kehidupan yang lebih bernilai.

Fenomena anak gadis terlibat dalam cinta homoseksual berpunca kepada keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual wanita bersama wanita lain.

Hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain dan menjanjikan kepuasan yang lebih.

Berasa lebih selesa kerana tidak terdedah kepada risiko mengandung

PERBEZAAN PENGKID
Selalunya mereka lebih berwatakan seperti lelaki, samada dari segi kelakuan, sifat, sikap, pandangan/pemikiran, penampilan berambut pendek atau pacak, suara serak-serak basah yang menyerupai lelaki. Mereka lebih mempunyai perasaan cinta terhadap kaum wanita (feminin) , dan susah pula bagi mereka untuk mencintai kaum lelaki.

TOMBOY
Selalunya mereka lebih berwatakan agresif dan kasar, samada dari segi tindakan yang kelam-kabut, sifat yang kasar, melakukan kerja-kerja yang dilakukan lelaki, penampilan berambut pendek atau panjang, suara yang agak kasar. Mereka lebih mempunyai perasaan cinta terhadap kaum lelaki dan tidak pula terhadap kaum wanita.

LESBIAN/LESBO
Selalunya mereka lebih berwatakan penuh sebagai wanita (femenin), samada dari segi tindakan yang lemah-lembut, melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh wanita sahaja.
penampilan berambut panjang, suara yang lemah-lembut dan sopan. Mereka mempunyai perasaan cinta terhadap wanita-wanita tertentu yang tergolong dalam alam percintaan sejenis.

BISEKSUAL
Selalunya mereka berwatakan normal seperti apa yang kita nampak, samada penampilan, kelakuan,sifat dan sikap. Mereka mempunyai perasaan cinta terhadap kaum lelaki dan perempuan. Selalunya mereka adalah golongan orang yang keliru dalam perhubungan, kerap ingin berubah kepada percintaan/perhubungan normal.

#berubahlah... kalau kena ROGOL, mengandung jugak sayang..
[KISAH BENAR]~Pengkid Bakar Rumah Kekasih Kerana Keluarga Tak Restu~ [KISAH BENAR]~Pengkid Bakar Rumah Kekasih Kerana Keluarga Tak Restu~ Reviewed by Unknown on Saturday, August 30, 2014 Rating: 5

No comments