Ayda Jebat Nafikan Jadi Punca Zul Ariffin Renggang Bersama Kekasih


Kontroversi yang membabitkan pelakon drama Rindu Awak 200% Ayda Jebat dan heronya Zul Ariffin seakin menjadi apabila dilihat terlalu mesra bersama Zul Ariffin sepanjang mereka berlakon bersama sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat seni tempatan.

Gambar-gambar mesra mereka boleh dilihat di laman sosial Instagram dan Twitter milik Ayda yang kini mendapat perhatian ramai. Kerana itu, peminat mereka menyuarakan hasrat melihat Ayda dan Zul menjadi pasangan kekasih sebenar bukan lakonan sahaja.


Gara-gara hubungan mesra tersebut juga, pelakon kelahiran Melaka ini dikatakan menjadi punca perbalahan antara Zul dan kekasihnya, penerbit filem astro shaw, Gayatri Su-Lin Pillai. Menerusi Sinar Harian, hari ini Ayda Jebat memberitahu, dia tidak pernah terlibat dalam hubungan cinta Zul dan Gayatri. Baginya, hubungan mesra bersama Zul sekadar di dalam lakonan semata-mata.

“Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul, sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan. Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain,“ kata Ayda rapat dengan Zul demi untuk memastikan lakonan mereka menjadi sahaja.

Dalam pada itu, timbul pula ura-ura Ayda, Zul dan Gayatri meluahkan perasaan masing masing di Twitter mengenai hubungan mereka. Menurut Ayda, dia tidak tahu menahu sesi luahan perasaan yang dikatakan ramai itu. 


Ayda Jebat Nafikan Jadi Punca Zul Ariffin Renggang Bersama Kekasih Ayda Jebat Nafikan Jadi Punca Zul Ariffin Renggang Bersama Kekasih Reviewed by Anonymous on Sunday, August 31, 2014 Rating: 5

No comments