KISAH MISTERI DI PULAU TIOMAN YANG RAMAI TAK TAHU!!!


Saya ingin berkongsi pengalaman saya dan teman-teman yang tidak begitu seram, tetapi cukup misteri bagi kami. Saya dan teman-teman seramai lapan orang pergi bercuti di Pulau Tioman pada bulan Mei tahun 2008. Bercuti untuk menyambut ulangtahun saya pada masa itu.

Dipendekkan cerita, malam kedua sekitar satu lebih pagi, saya dan teman-teman berada di jeti, ada yang memancing dan ada yang bermain permainan 'bingo'. Saya sambil memancing sambil bermain bingo. Tiada angin dan tiada ribut, tiba-tiba isteri kepada teman saya mengamuk dan mencampak beg tangannya ke muka teman saya lalu beredar dari jeti. Saya terperanjat lalu bertanya teman saya kenapa, dan dia pun tidak tahu. Saya tanya mengapa dia tak kejar isterinya? Dia hanya cakap biarlah.

Saya terdiam dan lalu hilang semangat untuk bermain "bingo". Saya pun bangun lalu menuju ke joran saya, terus memancing sambil berfikir kenapa dengan isterinya. Setengah jam kemudian, saya ternampak isteri teman saya datang menuju ke arah kami dan duduk di sebelah teman saya lalu dia bertanya, "Kenapa pipi merah?" Teman saya pun kata, "U dah campak beg kat muka I, lagi ada hati tanya..."

Isterinya terkejut dan berkata dia pun hairan mengapa dia jalan ke resort keseorangan diri. Jalan ke resort memang gelap dan pokoknya tebal-tebal. Dia semacam dipukau. Katanya lagi, dia tersedar sewaktu berjalan menuju ke arah resort, dia rasa hendak membuang air kecil, lalu dia pun meneruskan perjalanan ke resortnya. Apabila sampai saja di depan pintu, dia pun membuka pintu lalu masuk dan tutup pintu. Baru langkah dua tapak, tiba-tiba pintu diketuk, dengan tidak fikir apa-apa, dia pun membuka pintu lalu ada seorang nenek tua, orangnya kecil molek pakaiannya seperti orang dulu2 memakai kain batik, baju kurung dan selendang. Tangan kirinya tongkat dan tangan kanannya ada bungkusan.

Lalu nenek itu bertanya kepadanya, "Cu... nak beli nasi lemok???" sambil mengangkat tangan yang ada bungkusan itu. Isteri teman saya pun berkata yang dia tak mahu sebab dia sudah kenyang dan mengucapkan terima kasih. Nenek itu pun lalu pusing dan jalan terketar-ketar. Dia pun menutup pintu dan melepaskan hajatnya. Tiba-tiba dia terfikir, nenek itu berjalan dengan lambat, tetapi tadi dia tak nampak pun ada nenek jalan lalu atau berada di sana. Dia pun cepat-cepat melepaskan hajat dan keluar mencari kami di jeti. Sampai sekarang saya dan teman-teman terfikirkan nenek itu dan apa ada di dalam bungkusan itu.
KISAH MISTERI DI PULAU TIOMAN YANG RAMAI TAK TAHU!!! KISAH MISTERI DI PULAU TIOMAN YANG RAMAI TAK TAHU!!! Reviewed by Anonymous on Saturday, August 30, 2014 Rating: 5

No comments