~[KISAH BENAR] -PENGALAMAN BERMALAM DI HOTEL IPOH MENYERAMKAN~
~[KISAH BENAR] -PENGALAMAN BERMALAM DI HOTEL IPOH MENYERAMKAN~
Pengalaman Di Hotel Ipoh (Kisah Seram)
Sampai saja kami di situ, kami pun turun dari van dan saya lihat muka masing2 begitu penat dan mengantuk, maklumlah perjalanan jauh, itu baru kami yang tidak memandu, apa lagi yang memandu van tersebut sudah tentu lebih penat dan mengantuk dari kami. Jadi saya pun berkata, "Dah penatkan??? Lagi tak tau amik bilik eh???". Jadi saya, bapa dan juga yang lain2 masuk ke hotel untuk mendapatkan bilik masing2. Kaunter resepsi hotel itu terletak di tingkat atas. Sedang bapa saya membuat pertanyaan di kaunter, kami pun tunggulah untuk mendapatkan kunci masing2. Kami rasa seronok sebab bilik di tingkat atas kelihatan begitu besar dan cantik. Sementara menunggu, bapa saya bertanya kepada saya, "Mi berapa bilik nak amik ni???" Saya pun sambut jawab, "4 bilik bolehlah pak, kita boleh kongsi2, alah untuk malam ni je."
Tapi rupa-rupanya bilik kami terletak di tingkat bawah di besmen. Hai apa nak buat terpaksalah terima sebab dah terlalu penat sangat. Kami ramai2 pun turunlah ke bawah. Alangkah terperanjatnya saya, bilik kami yang terletak di bawah begitu sunyi dan sepi, seperti kelihatan hotel satu atau dua bintang bayangkan. Yg hairannya tiada sesiapa di situ kecuali keluarga kami sahaja. Dengan tidak berlengah kami pun masuk ke bilik masing2. Saya satu bilik dengan isteri dan anak2 serta kedua adik ipar saya. Untuk pendekkan cerita, malam itu saya tak dapat tidur, sedangkan keluarga saya nyenyak pula. Saya pusing ke kiri dan kanan pun tak dapat lelapkan mata.
Tiba-tiba suasana di dalam bilik menjadi terang dan saya terlihat rupa-rupanya pintu tandas terbuka. Saya tertanya pada diri sendiri, "Pintu tandas tu tutup apa tadi???" Jadi saya pun bangun terus tutup pintu itu lalu saya baring semula di katil. Tidak lama kemudian dalam beberapa saat saja, pintu tandas itu terbuka lagi dengan luas. Saya terperanjat ingatkan adik saya ke tandas. Saya pun menjenguklah ke arah adik saya rupa-rupanya dia sedang tidur. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Siapa pula yang main dengan pintu ni??? Bayangkan, tiba-tiba saya ternampak seorang perempuan berpakaian serba putih berdiri betul-betul di depan tandas itu!!! Dengan rambutnya begitu panjang dan kusut masai tunduk ke bawah saja sambil menangis terisak-isak. Kali ini saya dah tak berani untuk tutup pintu itu lagi lalu saya menutup muka saya dengan bantal terus tidur sampailah ke pagi.
Keesokan paginya saya menceritakan kepada ahli keluarga saya tentang kisah ini, rupa-rupanya bapa dan makcik saya pun mengalami perkara yang sama seperti apa yang saya alami pada malam tersebut. Kami pun dah tawar hati untuk pergi ke hotel itu lagi. Itu saja pengalaman yang dapat saya kongsi bersama.
Terima kasih ...
SUMBER
~[KISAH BENAR] -PENGALAMAN BERMALAM DI HOTEL IPOH MENYERAMKAN~
Reviewed by Unknown
on
Saturday, August 30, 2014
Rating:
Post a Comment