INFOMASI- BENARKAH APABILA SUKA MELIHAT PAYUDARA WANITA MEMBUATKAN LELAKI MENJADI LEBIH SIHAT ???
Meski lelaki dikenal selalu berfikir secara logik, ada beberapa perkara yang sering dipercayai oleh kaum lelaki, termasuk melihat payudara wanita boleh menyihatkan lelaki. Benarkah demikian? Ini adalah salah satu kepercayaan yang sering melekat di otak lelaki. Hal ini biasanya dipercayai dari zaman datuk hingga ke cucu-cucunya kelak. Dan hingga sekarang masih banyak lelaki yang percaya bahawa rahsia hidup panjang dan sihat adalah melirik ke belahan dada wanita secara teratur.
Tahun lalu, ada pula penyelidik yang mendakwa bahawa melihat payudara wanita hampir sama dengan melihat kesihatan dengan melakukan latihan fizikal secara teratur yang boleh memanjangkan umur lelaki. Malangnya, itu semua hanyalah mitos dan belum terbukti kebenarannya. Dilaporkan oleh Health24, Isnin (15/11/2010), tidak ada kajian dan tidak ada petunjuk apa pun yang membuktikan bahawa melihat payudara wanita boleh memberi manfaat kesihatan untuk lelaki. Menurut beberapa ahli, mitos ini masih dipercayai hanya untuk justifikasi kaum lelaki.
Selain mitos menoleh payudara, ada beberapa mitos lain yang juga banyak dipercaya oleh kaum lelaki, iaitu:
1. Mitos, bercukur secara teratur boleh menyebabkan janggut tumbuh kasar dan lebih gelap Banyak lelaki yang percaya bahawa dengan sering mencukur janggut dapat membuatnya tumbuh lebih tebal dan gelap. Nyatanya, kekerapan bercukur tidak memberi kesan kepada pertumbuhan rambut. Rambut akan tumbuh semula dengan kelajuan, ketebalan dan kepadatan yang sama dan tidak berkaitan dengan berapa kali lelaki bercukur. Selain itu, pertumbuhan rambut dan janggut pun juga dipengaruhi oleh faktor genetik.
2. Lelaki memikirkan seks setiap tujuh saat Menurut hasil kaji selidik yang dilakukan Kinsey Institute, 54 peratus lelaki minimal berfantasi tentang seks sekali dalam sehari, 43 peratus beberapa kali dalam seminggu atau sebulan dan 4 peratus hanya sekali sebulan atau bahkan kurang. Jadi mitos tentang lelaki memikirkan seks setiap tujuh saat tampaknya terlalu berlebihan.
INFOMASI- BENARKAH APABILA SUKA MELIHAT PAYUDARA WANITA MEMBUATKAN LELAKI MENJADI LEBIH SIHAT ???
Reviewed by Anonymous
on
Saturday, August 30, 2014
Rating:
Post a Comment