[VIDEO GILA] NGERI ~PENCURI TELEFON BIMBIT DIBELASAH SEHINGGA MATI.?~

[VIDEO GILA] NGERI ~PENCURI TELEFON BIMBIT DIBELASAH SEHINGGA MATI.?~



Video Pencuri Telefon Bimbit Bangsa Cina Dibelasah Sehingga Mati

BUKIT MERTAJAM: Seorang penganggur cedera parah selepas dibelasah oleh orang awam kerana mencuri telefon bimbit (RM200) milik seorang pemandu lori, Jumaat lali, mati di Hospital Bukit Mertajam pagi tadi.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata, Ooi Sim Guan, 38, tidak sedarkan diri selepas dibelasah meninggal dunia pada jam 12. 40 pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi Jumaat lalu, mangsa menahan sebuah lori di tepi jalan Taman Sejahtera dan meminta untuk menumpang lori berkenaan ke Bandar Bukit Mertajam.

Pemandu lori, 33, dalam perjalanan ke Kulim membenarkan mangsa menumpang lorinya. Tetapi setelah beberapa kilometer, mangsa meminta untuk keluar dari lori berkenaan.

Tidak beberapa lama selepas lelaki itu keluar, pemandu lori sedar akan kehilangan telefon bimbitnya yang diletakan di compartment dashboard bahagian penumpang. Dia kemudianya berpatah balik ke Taman Sejahtera mencari lelaki itu tadi.

Pemandu lori itu berjaya menahan lelaki berkenaan berhampiran kawasan kedai dan berlaku sedikit perbalahan di antara mereka. Pemandu lori menemui telefon bimbitnya pada lelaki berkenaan menyebabkan dia dibelasah orang awam yang kebetulan melihat kejadian itu.

Rakaman di atas pula dirakam oleh seorang individu dan kemudian viral di laman Facebook.

Pihak polis telah menahan pemandu lori terbabit untuk membantu siasatan. Polis juga sedang menyiasat dan mencari beberapa individu yang terbabit dalam insiden itu dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

ACP Rusli Mohd Noor juga menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sehingga menyebabkan kecederaan terhadap suspek yang membawa kepada kematian boleh didakwa melakukan jenayah.

"Kami hargai tindakan orang awam dalam memberkas penjenayah tetapi jangan bertindak di luar undang-undang. Orang awam sepatutnya menangkap dan menyerahkan suspek kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

             VIDEO CLICK DIBAWAH



SUMBER

[VIDEO GILA] NGERI ~PENCURI TELEFON BIMBIT DIBELASAH SEHINGGA MATI.?~ [VIDEO GILA] NGERI ~PENCURI TELEFON BIMBIT DIBELASAH SEHINGGA MATI.?~ Reviewed by Unknown on Tuesday, September 30, 2014 Rating: 5

No comments