[SEDIH+NGERI] 4FOTO ~TUBUH WANITA HAMIL BERKECAI DIGILIS KERETAPI DI KOTA SETAR~

[SEDIH+NGERI] 4FOTO ~TUBUH WANITA HAMIL BERKECAI DIGILIS KERETAPI DI KOTA SETAR~



Seorang wanita bersama janinnya maut dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau Pinang, berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi ini.

Mayat Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang juga ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan ditemui penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis.

Difahamkan, mangsa difahamkan ke kedai berhampiran rumahnya kira-kira 8 pagi, namun gagal pulang selepas 30 minit menyebabkan ahli keluarga termasuk suaminya keluar mencarinya.

Bagaimanapun, mereka kemudian dimaklumkan penemuan mayat dan janin cukup sifat dalam keadaan menyayatkan hati di landasan kereta api terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 10 pagi.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya.












SUMBER
[SEDIH+NGERI] 4FOTO ~TUBUH WANITA HAMIL BERKECAI DIGILIS KERETAPI DI KOTA SETAR~ [SEDIH+NGERI] 4FOTO ~TUBUH WANITA HAMIL BERKECAI DIGILIS KERETAPI DI KOTA SETAR~ Reviewed by Unknown on Monday, September 29, 2014 Rating: 5

No comments