KERJA GILA "AKIBAT MASUKKAN BATANG BESI KE DALAM KEMALUAN"
SEORANG lelaki hampir menempah maut selepas memasukkan batang besi sepanjang 13 sentimeter pada kemaluannya kerana menghadapi masalah eraksi.
Tindakan keterlaluan Kang Niu yang berusia 52 tahun itu bagaimanapun tidak memberi kesan, sebaliknya besi itu terkena pundi kencingnya ketika mengadakan hubungan seks.
Jurucakap Second Hospital di bandar Hengyang berkata: “Lelaki itu percaya dengan memasukkan batang besi itu dapat membantunya mengatasi masalahnya selama ini.”
Bagaimanapun, hanya pada percubaan pertama, batang besi itu tiba-tiba tertusuk dan mengenai pundi kencingnya. Walaupun menderita kesakitan, lelaki itu masih tidak mendapatkan rawatan untuk mengeluarkan besi itu untuk beberapa bulan dengan harapan dapat mengeluarkannya sendiri.
Hanya selepas tidak dapat menahan kesakitan, lelaki itu bergegas ke sebuah hospital untuk mendapatkan bantuan. Doktor melakukan x-ray dan mengenal pasti punca yang mengakibatkan lelaki itu mengalami kesakitan.
Pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan besi itu, bagaimanapun pihak hospital tidak memaklumkan sama ada perbuatannya itu boleh memberi kesan jangka panjang atau menyebabkan kerosakan pada organ dalamannya, lapor mStar.
KERJA GILA "AKIBAT MASUKKAN BATANG BESI KE DALAM KEMALUAN"
Reviewed by Anonymous
on
Saturday, October 11, 2014
Rating:
Post a Comment