[KAJIAN] ~KENALI 10 PERKARA HATI WANITA~JANGAN TAK TAHU BANG..~
[KAJIAN] ~KENALI 10 PERKARA HATI WANITA~JANGAN TAK TAHU BANG..~
KENALI 10 PERKARA HATI WANITA
Hati wanita adalah salah satu perkara yang sukar untuk lelaki fahami. Mood wanita juga sering berubah-ubah secara drastik sehingga lelaki sukar untuk mengetahui punca sebenar. Jom baca kenali 10 perkara mengenai hati wanita.
1. – Apabila wanita berkata, “TAK APA, TAK ADA APA-APA MASALAH” – Jangan terus buat tak tahu, seolah- olah memang betul tak ada masalah. Inilah waktunya wanita tidak mahu bercerita masalahnya sebaliknya mereka mahu anda memahaminya sendiri. Cubalah fikir sejenak dan lihat sekeliling, apa yang telah berlaku atau ada apa-apa yang telah anda lukakan hatinya.
2. - Apabila wanita TERSENYUM SINIS setelah anda lakukan kesalahan -Anda ingat dia tak tahu? Anda ingat anda sudah terlepas? Hehe… Yes, dia tahu anda menipu! Cuma dia tak mahu bergaduh, tak mahu menyalahkan anda, tidak mahu cari pasal. Namun sebenarnya, dia amat kecewa dengan sikap anda yang tidak setia, dan tidak jujur.
3. – Apabila wanita menatap wajah anda bagai SERIBU PERSOALAN – Dia sedang berfikir samada anda akan terus setia sampai bila-bila atau anda akan berubah hati suatu hari nanti. Persoalannya, adakah anda benar-benar cinta atau ‘sekadar melepas lelah dan batuk ditangga?’
4. – Apabila wanita BERDIAM DIRI – bermacam-macam perkara yang difikirkannya dan kesemuanya adalah untuk kebaikan masa depan. Jangan marah, jangan usik mereka di ketika ini sebaliknya berikan masa itu untuk mereka cool down.
5. - Jika wanita TIDAK MELAWAN – Tidak bermaksud mereka tidak tahu, tidak pandai atau hanya setuju dengan tindakan anda sebaliknya itulah tandanya dia sayangkan anda dan memberi peluang dengan mengikut segala keputusan yang dibuat.
6. - Apabila wanita HUBUNGI ANDA SETIAP HARI – Tak faham-faham? Dia tengah giler kat you all la tu. Wanita tidak akan calls any guy just for nothing. Dia call sebab dia berminat, dia suka, dia nak kat you la kan. JADI, kalau anda juga berminat, okay layanlah. Tapi kalau tak berminat, jangan pula layan dan beri harapan palsu!
7. - Soalan lazim, “You ni single lagi ke? You bila nak kahwin? Girlfriend you mana?” – Hehehe…samada dia saja-saja nak tahu status you atau pun, dia sebenarnya ada sikit-sikit berminat untuk mengenali you dengan lebih lanjut. Sembunyikan status you is not a good idea here, ia akan buat girl tu menyimpan harapan. Soalan-soalan sebegini,is obviously the girl nak tahu, samada it’s green or red light to pursue! Faham ke buat-buat tak faham ni?
8. - Apabila wanita mulai berkata, “I MISS YOU” – WO! It’s too late to back off, itu bermakna dia amat menyayangi anda. Kalau betul-betul anda sayangkan dia, maknanya anda bertuahlah kerana girls takkan simply miss any guy. Tapi jika anda hanya anggap dia sebagai kawan biasa. IT’s a good time for you to explain to her…keadaan, perasaan dan hati anda yang sebenar.
9. – Apabila wanita kata, “TAK TAHU SEBAB APA, I RASA MACAM I TAK BOLEHLAH KALAU TAK JUMPA YOU SATU HARI PUN, RASA MACAM TAK KENA HIDUP INI” – Itu bermakna, dia sedang dilamun cinta yang amat dalam kepada anda. At this time, this girl hanya fikirkan you. Siang malam very sure, hanya you sahaja yang diingatinya. So…it’s not a good time untuk hancurkan hatinya di saat ini though…
10. – Apabila wanita MARAHKAN SESUATU YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ANDA – Hehehe…sebenarnya dia tengah cemburu tu. Mungkin anda ada bercakap dengan wanita lain, atau ada girl lain yang call you ke, text you, PM kut, or dia baru selongkar your handphone la tu hehe… or ada kena mengena dengan other girls la kan. TAPI dia tak mahu la cakap, sendiri mau ingat la kan. BUT be cool, relax, janganlah marah. Dan biarkan saja dia lepaskan geramnya. Later pujuklaa… kalau betul-betul sayangkan dia, promise to her, takkan buat lagi.
SUMBER
[KAJIAN] ~KENALI 10 PERKARA HATI WANITA~JANGAN TAK TAHU BANG..~
Reviewed by Unknown
on
Friday, October 17, 2014
Rating:
Post a Comment