[PETUA] INFO ~WAJIB BACA! 5 CARA UNTUK BERISI@GEMUK TANPA MAKAN UBAT~

[PETUA] INFO ~WAJIB BACA! 5 CARA UNTUK BERISI@GEMUK TANPA MAKAN UBAT~L/P~





WAJIB BACA! 5 CARA UNTUK GEMUK TANPA MAKAN UBAT 

Bukan semua di antara kita yang sukakan bentuk tubuh badan yang kurus. Ada yang memiliki tubuh badan yang kurus tapi berharap untuk menjadi lebih berisi. Ada juga yang sudah memiliki tubuh badan yang ideal dan cantik tapi masih mahukan tubuh badan yang lebih kurus. Itulah dinamakan manusia.

Namun, memiliki tubuh badan yang terlampau kurus akan mendatangkan kesan sampingan yang negatif seperti hilang keyakinan diri, mudah jatuh sakit dan orang lain mula akan menjauhkan diri. Sebenarnya, kalau diri sendiri pandai kawal dan pandai jaga tubuh badan serta pergaulan, kesan negatif ini dapat dibendung dengan rapi.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang sudah tidak sabar untuk menjadi gemuk, di sini Giler Kentang ingin kongsikan kepada anda tentang 5 cara untuk gemuk tanpa makan ubat. Akan tetapi, sekiranya diamalkan, cara-cara ini akan mendatangkan beberapa kesan yang agak kurang menyenangkan terhadap tubuh badan kita. Kalau masih tak kisah, sila teruskan pembacaan anda~


10 CARA UNTUK GEMUK TANPA MAKAN UBAT

1) Tidak Ambil Sarapan
Tidak sarapan waktu pagi adalah salah satu cara untuk meningkatkan tubuh badan. Hal ini kerana tubuh badan kita akan berada dalam mode kelaparan dan bila keadaan ini berlaku, secara automatik tubuh badan akan menambahkan kalori dengan mengubahnya menjadi lemak. Dengan cara ini, selera makan akan bertambah pada waktu tengahari dan tubuh badan juga akan memiliki simpanan kalori yang agak tinggi.

2) Kurangkan Tidur


Kurang tidur disini bermaksud kurang berehat pada waktu yang tertentu. Apabila kurang tidur, tubuh badan akan menjadi stress sepanjang hari. Stress ini bukan sekadar meningkat selera makan tetapi juga menambahkan kadar hormon yang tertentu yang boleh membuatkan seseorang itu akan menjadi lapar. Selain itu, kurang tidur pada waktu malam akan membuatkan diri akan mudah lapar pada waktu malam dan alamatnya seseorang itu akan mengambil makanan yang berat pada waktu malam. Sebenarnya, makan pada malam akan memudahkan berat tubuh badan kita bertambah.

3) Tingkatkan Kadar Pemakanan

Cuba gandakan kadar pemakanan daripada kadar normal kita makan pada setiap hari. Contohnya, pergi ke kedai makan, minta atau ambil makanan dalam kuantiti yang agak banyak dari biasa yang kita ambil selama ini. Hal ini kerana, tubuh badan manusia akan memproses 700 kalori setiap kali makan, so bila kita makan dengan banyak, lebihan kalori akan bertukar menjadi lemak dan akhirnya anda boleh menjadi seorang yang gemuk.

4) Makan Makanan Yang Bergoreng

Kentang goreng, ayam goreng, ikan goreng, segala makanan yang bergoreng menggunakan minyak boleh membantu anda untuk menjadi gemuk. Minyak yang digunakan memiliki kandungan lemak yang membolehkan seseorang itu untuk menjadi gemuk. Contohnya, anda makan kentang goreng pada setiap hari. Kentang tergolong dalam kategori karbohidrat yang merupakan salah satu penyebab kepada kegemukkan, so kentang goreng merupakan kombinasi makanan yang sangat sesuai bagi mereka yang inginkan kegemukkan.

5) Tidak Bersenam

Seperti yang kita tahu, bersenam adalah salah satu aktiviti yang membolehkan tubuh badan kita menjadi kurus. Oleh sebab itu, janganlah bersenam bagi mereka yang ingin gemuk. Duduk dekat rumah tengok tv, tengok laptop, main game, makan, minum dan tidur.

Demikianlah 5 cara untuk gemuk tanpa ubat namun sebenarnya semua tips di atas ini akan datangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan. Justeru itu, usah dibimbang sangat bentuk tubuh badan kita ni bagaimana, yang pastinya kesihatan tubuh badan di ambil berat

SUMBER
[PETUA] INFO ~WAJIB BACA! 5 CARA UNTUK BERISI@GEMUK TANPA MAKAN UBAT~ [PETUA] INFO ~WAJIB BACA! 5 CARA UNTUK BERISI@GEMUK TANPA MAKAN UBAT~ Reviewed by Unknown on Friday, October 17, 2014 Rating: 5

No comments