120 pelajar perempuan tanggal pakaian dipaksa Guru...


Dua guru dari sebuah sekolah di Wilyah Beni Suef, Mesir, digantung tugas setelah memaksa 120 orang pelajar perempuanya menaggalkan pakaian untuk menyiasat kes kehilangan wang.
Jurucakap untuk Kementerian Pendidikan Mesir Ahmed Helmy menggambarkan kejadian itu sebagai suatu hal yang menyedihkan dan tidak bermoral, lapor stesyen televisyen Al Arabiya, Selasa (15/6).

Dalam sebuah wawancara disiarkan saluran televisi MBC Masr, Helmy menjelaskan dua guru berkenaan ketika itu sedang menyiasat kes kehilangan wang berjumlah LE40 (RM 18) oleh seorang pelajar menengah atas.

Beliau mengesahkan kedua-dua guru tersebut, yang mengajar kelas bahasa Prancis, telah digantung tugas dan satu siasatan telah dilakukan berkaitan insiden ini.

Pelajar-pelajar berkenaan juga telah memberi keterangan.
120 pelajar perempuan tanggal pakaian dipaksa Guru... 120 pelajar perempuan tanggal pakaian dipaksa Guru... Reviewed by Anonymous on Monday, October 13, 2014 Rating: 5

No comments