[PANAS] 10 FOTO YANG PERLU SEORANG PEMBIMBING~USTAZ KAZIM JAWAB ISU PROGRAM PEGANG ANJING MENDAPAT 8107 SHARE DI F.B~
[PANAS] 10 FOTO YANG PERLU SEORANG PEMBIMBING~USTAZ KAZIM JAWAB ISU PROGRAM PEGANG ANJING MENDAPAT 8107 SHARE DI F.B~
Salam sejahtera.
Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing..
Hurmm satu kempen untuk mmbuang stigma bagi Orang Muslim dan khususnya orang Melayu kononnya. Siap bawa dalil kisah orang masuk syurga kerana bagi minum kepada anjing lagi.
Membela anjing untuk jaga kebun untuk jaga keselamatan rumah untuk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang, malah harus di dalam Islam. Tetapi nak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing ayam dan lain lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian.
Mana boleh saja-saja bela, saja-saja nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa? Nak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang pastu bela, pastu masuk dalam rumah, pastu? Pastu?
Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya. Selepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi, lepas tu melarat ke makan babi pula.
Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.
Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tak buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yang sebenarnya ke?
Inilah jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar menjadi fahaman liberal dan plural. Nanti akan ada yang kata kenapa ustaz bising isu anjing, kenapa tak bising isu memegang bukan mahram tak bertudung dan lain lain, yang itu pun berkali-kali dah saya tegur dan nasihat tetapi dalam bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dam menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.
Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pula. Selepas ini apa pula?
Jangan selepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang dah bersih dah diternak dalam aircond, dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa. Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus matahatinya utk meneliti. - Ustaz Kazim
SUMBER
[PANAS] 10 FOTO YANG PERLU SEORANG PEMBIMBING~USTAZ KAZIM JAWAB ISU PROGRAM PEGANG ANJING MENDAPAT 8107 SHARE DI F.B~
Reviewed by Unknown
on
Monday, October 20, 2014
Rating:
Kasihan pada mereka ini.apa apa pun akidah adalah no.1 .bertudung tapi kosong kosong kosong
ReplyDeleteapa kata kita buat acara sentuh najis sendiri!!!!!!! alaa najis sendiri bukan najis berat!!
ReplyDeletemari kita fikir fikir kan permasaalahan sentuh anjing ini...pakaian tu juga kita nak buat solat.pakaian tu juga kita nak bawa ke meja makan..ramai islam yg semakin bodoh..takdak kerja cari kerja.