[TRAGEDI LAGI] ~JURUTERBANG MENANGIS UMUM PESAWAT TERHEMPAS DALAM 6 MINIT~

[TRAGEDI LAGI] ~JURUTERBANG MENANGIS UMUM PESAWAT TERHEMPAS DALAM 6 MINIT~




Juruterbang pesawat Europe Airpost didakwa menangis ketika memberitahu penumpang dan krew pesawat bahawa mereka akan terhempas, menyebabkan ramai panik akan nyawa mereka ketika pengumuman itu dibuat.

Kapten pesawat memaklumkan bahawa mereka akan terhempas di lautan Adriatic dalam 6 minit dan dia memberi amaran bahawa kemungkinan akan berlaku letupan adalah amat tinggi.

Ini menyebabkan penumpang turut menangis dan meraung dalam keadaan yang sungguh menyeramkan, menurut seorang saksi yang turut mengatakan krew pesawat langsung tidak dapat menenangkan semua penumpang di pesawat itu.

Para penumpang diarahkan memakaikan jaket keselamatan untuk pendaratan cemas pesawat itu yang mungkin berakhir di atas air.

Menurut Benjamin Girad yang merupakan penumpang bersama isteri dan dua anaknya mengatakan penumpang di belakang memberitahu bahawa 1 enjin pesawat telah berhenti dan disahkan oleh juruterbang.

Tambahnya lagi. "Suasana pada ketika itu dipenuhi tangisan dan teriakan . Semua takut , bahkan kru kabin pucat dan panik.

Walaubagaimanapun, di sebalik keadaan yang kelam kabut di atas udara, Juruterbang berjaya mendaratkan kapal itu dalam keadaan selamat di Lapangan Terbang Marco Polo , di Venice . Berdekatan pantai dan pendaratan itu tanpa ada sebarang kecederaan.

Walaubagaimanapun, Europe Airpost cuba mengurangkan kekecohan kejadian itu dengan mengatakan penumpang tidak pernah dalam keadaan bahaya.


SUMBER
[TRAGEDI LAGI] ~JURUTERBANG MENANGIS UMUM PESAWAT TERHEMPAS DALAM 6 MINIT~ [TRAGEDI LAGI] ~JURUTERBANG MENANGIS UMUM PESAWAT TERHEMPAS DALAM 6 MINIT~ Reviewed by Unknown on Sunday, September 14, 2014 Rating: 5

No comments