PENCURI KERETA HISAP PUTING

PENCURI KERETA HISAP PUTING DIBURU | Oklahoma City: Polis di bandar raya ini melancarkan operasi memburu seorang lelaki penghisap puting kerana mencuri kereta.

Suspek yang digelar ‘Binky Bandit’ (gambar) didakwa merompak dan mencuri kereta minggu lalu.

Rakaman video berhampiran tempat kejadian menunjukkan lelaki itu menghisap puting.


Gambar hiasan

Walaupun gambar itu agak menggelikan hati, jurucakap Jabatan Polis Oklahoma City mengingatkan penduduk bahawa lelaki terbabit penjenayah berbahaya.

Sarjan Jennifer Wardlow berkata, suspek mungkin kelihatan keanak-anakan tetapi jenayahnya serius.


Wajah suspek dirakam CCTV

“Mangsa pertama tidak cedera tetapi mangsa kedua mungkin tidak bernasib baik,” katanya.

Dalam kejadian minggu lalu, lelaki kulit hitam itu dipercayai penagih dadah berusia 18 tahun, merompak mangsa dan merampas kunci kereta sebelum melarikan kenderaan mangsa.
PENCURI KERETA HISAP PUTING PENCURI KERETA HISAP PUTING Reviewed by Anonymous on Saturday, September 27, 2014 Rating: 5

No comments