GAMBAR: Cucu Datuk Jamil Sulong Yang CUN Melecun
Semalam negara telah kehilangan seorang tokoh dalam industri seni iaitu pelakon, pengarah dan penerbit Datuk Jamil Sulong.
Datuk Jamil yang menghembuskan nafas terakhir kerana sakit angin ahmar sekitar jam 9.35 malam meninggalkan isteri, seniwati Datin Rosnani Jamil dan tiga anak iaitu Arjunaidi, Anwardi dan Asnadi.
Dilahirkan pada 6 Ogos 1926, Datuk Jamil adalah pengarah filem yang banyak menghasilkan karya-karya bagus dan merangkul anugerah antarabangsa.
Antara filem arahan Datuk Jamil yang popular adalah Batu Belah Batu Bertangkup, Lela Manja, Bidasari, Raja Bersiong, Sayang Anakku Sayang dan Ranjau Sepanjang Jalan.
Allahyarham juga berbakat besar dalam penulisan gurindam dan lagu.
Antara karyanya adalah lagu Berkorban Apa Sahaja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah.
Bagi yang tidak tahu, selain meninggalkan karya untuk dikenang Datuk Jamil juga mempunyai seorang cucu yang bakal meneruskan legasi seni keluarganya.
Bagaimana pun cucu Datuk Jamil bukanlah seorang pelakon seperti datuk dan neneknya tetapi memilih bidang nyanyian.
Dia adalah Diandra Arjunaidi yang sedang mencipta nama menerusi single Angkasa, Bulan & Matahari (duet Tengku Adil) dan Sama Saja (feat. Altimet).
Korang kenal tak Diandra Arjunaidi ni?
OK, di bawah kami kongsikan gambar cucu allahyarham Datuk Jamil yang cun melecun ini..
Nampaknya Diandra ada mewarisi sarah seni datuk dan neneknya.
Jadi tak mustahil kalau satu hari nanti dia beralih cabang seni daripada bidang nyanyian kepada lakonan pula kan? Rupa pun dah ada tu..
GAMBAR: Cucu Datuk Jamil Sulong Yang CUN Melecun
Reviewed by Anonymous
on
Tuesday, September 30, 2014
Rating:
Post a Comment