LORI KENA BAKAR KERANA LANGGAR MATI REMAJA PEREMPUAN


 Seorang pemandu lori telah bertindak meninggalkan lori sebaik sahaja terlibat dalam sebuah kemalangan di Pandamaran, Klang yang membuatkan kematian seorang remaja perempuan membawa padah apabila lori berkenaan dibakar pihak tertentu.

Dalam kejadian jam 9.20 malam kelmarin, seorang pelajar sebuah sekolah menengah maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar lori berkenaan di persimpangan Jalan Kota Pendamar, Klang.

Mangsa yang dikenali Nur Ain Mohd Ali yang membonceng motosikal Honda EX5 ditunggang rakannya Nurul Hidayah Zaidi dalam perjalanan dari Kota Pendamar menuju rumah mereka di Pandamaran sebelum terlibat dalam kemalangan itu membuatkannya terbunuh.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman menyatakan lampu isyarat ke arah Pandamaran di simpang tersebut rosak membuatkan mangsa dan rakannya meneruskan perjalanan.
“Remaja tersebut dikatakan meneruskan perjalanan berikutan lampu isyarat menghala ke Pandamaran tidak berfungsi sebelum dilanggar lori dari arah Telok Gong menghala Klang ketika lampu isyarat laluannya hijau.

“Pemandu lori yang menyedari insiden itu kemudian bergegas ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan dan ketika dalam perjalanan, dia dimaklumkan lori dipandunya itu dibakar,” katanya.
LORI KENA BAKAR KERANA LANGGAR MATI REMAJA PEREMPUAN LORI KENA BAKAR KERANA LANGGAR MATI REMAJA PEREMPUAN Reviewed by Anonymous on Saturday, September 27, 2014 Rating: 5

No comments