ND LALA TIDAK MENGAKU HUTANG RM15,000


'MANA BUKTI SAYA HUTANG RM15,000?' - ND LALA | TIDAK tertumpu kepada anaknya Shila Amzah, 24, penyanyi ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, turut terheret sama dalam satu kontroversi yang melibatkan rakan artisnya.


Menerusi sebuah media tempatan ND Lala dilaporkan masih belum membayar hutang berjumlah RM15,000 yang dipinjamnya daripada pelakon, Den Wahab sekitar tahun 2000.


Malah menerusi sebuah portal berita, Den Wahab mendakwa dia tidak akan menghalalkan hutang tersebut, sementelah ND Lala sengaja melarikan diri darinya sejak sekian lama.


Rentetan dakwaan itu, ND Lala sempat memberikan penjelasan ketika sidang media bersama Shila yang diadakan di Mega Music World (MMW) kelmarin.


"Sebenarnya saya sudah memberikan penjelasan mengenai perkara ini Mac lalu. Tetapi ia tidak sampai kepada mana-mana pihak. Di sini saya tegaskan, kepada sesiapa sahaja yang membuat fitnah ini sila buat laporan polis," katanya.


Jelasnya, dia sedia berhadapan dengan pihak berkenaan mengenai dakwaan itu. "Dakwa saya dan kita berhadapan. Tunjuk bukti kepada saya," katanya lagi.
ND LALA TIDAK MENGAKU HUTANG RM15,000  ND LALA TIDAK MENGAKU HUTANG RM15,000 Reviewed by Anonymous on Sunday, September 28, 2014 Rating: 5

No comments