GAMBAR PROSES PENGAMBILAN PRAMUGARI DI CHINA YANG MENDAPAT KECAMAN DI MEDIA SOSIAL
Sebuah syarikat penerbangan terkenal di China pada April 2014 mengadakan proses pertumbuhan semula tahunan dan pengambilan pramugari. Seleksi ketat sejak awal sudah dilaksanakan.
Proses pemilihan lanjutan salah satunya dilaksanakan di dewan milik Universiti Qingdao. Para calon pramugari yang berasal dari berbagai daerah di China dan pelbagai negara mengikuti proses pemilihan dengan mengenakan bikini.
Salah satu proses pada awal pemilihan penerimaan pramugari. Salah satu calon menjalani pemeriksaan awal apakah bertato atau tidak
Para calon pramugari diharuskan berlenggak-lenggok bagaikan seorang peragawati di atas catwalk dengan mengenakan bikini dan ditonton oleh banyak orang di tribun dewan serta dijadikan acara televisyen. Hal inilah yang mencetuskan kecaman di China khususnya di dunia maya seperti Sina Weibo.
Para calon yang layak pemilihan awal sedang beratur untuk menjalani pemilihan seterusnya di dewan Universiti Qingdao
Sebenarnya proses pengambilan demikian sudah menjadi standard dalam pengambilan pramugari di seluruh dunia. Dimana para calon dikehendaki menanggalkan pakaiannya untuk menjalani ujian perubatan, khususnya untuk memeriksa sama ada (maaf) payudara mereka implan silikon atau bukan. Hal ini dapat dimaklumi di banyak negara, kerana payudara yang mengandungi implan amat membahayakan berkaitan dengan perbezaan tekanan udara dan hal-hal lain yang dapat menyebabkan pecahnya implan tersebut.
Bahkan mereka harus rela menahan sejuk ketika menunggu giliran
Salah satu agenda dalam proses pemilihan di Universiti Qingdao ini adalah para calon pramugari diharuskan berlenggak-lenggok dengan hanya mengenakan bikini dan ditonton oleh banyak orang dan bahkan dijadikan acara televisyen
Namun, proses pengambilan seperti ini dianggap tidak sesuai di China. Beberapa waktu lalu, syarikat penerbangan milik negara Republik Indonesia pernah mendapat gugatan hukum di Korea Selatan kerana hal yang sama.
GAMBAR PROSES PENGAMBILAN PRAMUGARI DI CHINA YANG MENDAPAT KECAMAN DI MEDIA SOSIAL
Reviewed by Anonymous
on
Saturday, September 13, 2014
Rating:
Post a Comment