POLIS BELASAH TAHANAN SAMPAI PECAH ZAKAR!!!!!



Seorang wanita mendakwa suaminya cedera parah pada bahagian badan dan kemaluan selepas dipercayai dibelasah polis ketika lebih 10 hari berada dalam tahanan sejak 11 Disember lalu.

Kejadian itu berlaku ketika suaminya yang juga seorang kontraktor ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung kes rogol yang dikatakan berlaku di Taman Tengku Maheran, Jitra, pada 9 Disember yang lepas.


Mangsa dikatakan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bersama isterinya selepas dimaklumkan ibunya mengenai kehadiran beberapa anggota polis ke rumah mereka untuk siasatan mengenai nombor pendaftaran keretanya pada 11 Disember lalu. Ketika itu mangsa tiada di rumah kerana mengambil isterinya selepas tamat mengikuti kursus di Tanah Merah, Jitra pada hari yang sama.

Mangsa kemudiannya ditahan polis pada 11 Disember dan direman selama tujuh hari bermula 12 Disember hingga 18 Disember. Namun kemudian disambung sehingga 23 Disember sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat kecederaan parah pada Isnin lalu.
POLIS BELASAH TAHANAN SAMPAI PECAH ZAKAR!!!!! POLIS BELASAH TAHANAN SAMPAI PECAH ZAKAR!!!!! Reviewed by Anonymous on Tuesday, August 19, 2014 Rating: 5

No comments