~6000 LAGI KAKITANGAN MAS DI BERHENTIKAN AKIBAT 2 TRAGEDI YANG LALU~??

~6000 LAGI KAKITANGAN MAS DI BERHENTIKAN AKIBAT 2 TRAGEDI YANG LALU~



MAS akan berhentikan 6,000 kakitangan dalam pelan penstrukturan baru..


MAS umum pelan penstrukturan baru hari ini 

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menyaksikan pengumuman pelan penstrukturan baru Malaysia Airlines hari ini.

Penganalisis menyifatkan penstrukturan kali ini merupakan ibu kepada segala penstrukturan yang pernah disaksikan.

Pasca dua tragedi, Khazanah Nasional selaku pemegang saham utama bakal melakukan pengumuman itu selepas menawarkan pembelian saham keseluruhan MAS pada nilai 27 sen sesaham.

Penganalisis menjangkakan Khazanah bakal mengurangkan pekerja, memotong laluan yang tidak menguntungkan ke Eropah dan China dan mengantikan pihak pengurusan.

Penstrukturan besar besaran amat diperlukan MAS malah sebelum dilanda dua tragedi lagi.

Pengarah FA Securities Ahmad Zakie Ahmad Shariff berkata, semua pihak terlibat perlu mengandakan usaha ke arah menjayakan penstrukturan tersebut.

Sumber rapat dengan Khazanah memberitahu Bernama, pensturkutran itu bakal melibatkan kepimpinan, pekerja, kesatuan, vendor, pembekal dan rakan kongsi.

Sumber turut berkata tanpa kerjasama semua pihak penstrukturan tidak akan berjaya.

Perdana Menteri sebelum ini menyeru semua pihak bekerjasama bagi merubah nasib syarikat penerbangan negara itu.
~6000 LAGI KAKITANGAN MAS DI BERHENTIKAN AKIBAT 2 TRAGEDI YANG LALU~?? ~6000 LAGI KAKITANGAN MAS DI BERHENTIKAN AKIBAT 2 TRAGEDI YANG LALU~?? Reviewed by Unknown on Friday, August 29, 2014 Rating: 5

No comments