TERNOW~NYAWA SHAH RUKH KHAN DI TANGAN MAFIA DI INDIA~

TERNOW~NYAWA SHAH RUKH KHAN DI TANGAN MAFIA DI INDIA~

Shahrukh Khan Terima Ancaman Mafia Di India

Menjalani kehidupan sebagai seorang yang dikenali di seluruh dunia sememangnya banyak memberi keburukan berbanding kebaikan. Pelbagai perkara yang merbahaya boleh mengancam keselamatand diri serta ahli keluarga yang lain.
Termasuk aktor hebat Shahrukh Khan yang kini terpaksa meminta bantuan polis di India untuk sentiasa menjaga keselamatan dirinya dan keluarga terutamanya apabila membuat sebarang aktiviti di luar kawasan rumah.

Menurut pihak polis di India, Shahrukh Khan kini sudah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman seorang mafia yang merbahaya iaitu Ravi Punjari.
“Shahrukh Khan ini meminta bantuan pihak polis untuk sentiasa menjaga keselamatan dirinya serta ahli keluarga yang lain kerana telah menerima ancaman dari seorang mafia terkenal, Ravi Punjari. Kami sentiasa memantau pergerakan aktor ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” jelas pihak polis seperti dipetik menerusi Indian Express.

Sebelum ini, penerbit terkenal Ali Morani juga menjadi mangsa ugutan bunuh oleh orang yang sama sehingga mendapat perhatian pihak media di India.
Namun sehingga kini Shahrukh Khan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan berita ini dan pihak polis juga tidak memberi sebarang penjelasan yang jelas mengenai ancaman yang diterima oleh Shahrukh Khan.     

                
TERNOW~NYAWA SHAH RUKH KHAN DI TANGAN MAFIA DI INDIA~ TERNOW~NYAWA SHAH RUKH KHAN DI TANGAN MAFIA DI INDIA~ Reviewed by Unknown on Friday, August 29, 2014 Rating: 5

No comments