~ERMA FATIMAH MASIH ISTERI SAYA - BADE HJ AZMI~

~ERMA FATIMAH MASIH ISTERI SAYA - BADE HJ AZMI~


Erma Masih Isteri Saya - Bade Hj Azmi Pengarah filem, Bade Hj Azmi menolak dakwaan gosip yang tersebar menyatakan dia dan isteri pertama iaitu Erma Fatima bakal bercerai.

Menurut Bade, dia dan Erma masih menjalani kehidupan berumahtangga seperti biasa walaupun sudah bernikah dengan isteri kedua iaitu Aida Abdullah.

"Erma masih isteri saya dan saya masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepadanya dan bapa kepada anak-anak saya.

"Saya juga masih sayangkan Erma setelah kami sama-sama melalui kehidupan berumahtangga berpuluh tahun.

"Saya ada dengar gosip ini apabila kawan-kawan saya ada telefon bertanyakan mengenainya. Saya tak mahu komen apa-apa kerana ianya memang tidak berlaku seperti yang dikatakan," katanya seperti dipetik menerusi portal Murai.

Bade ditemui selepas sidang media Anugerah Tribute P Ramlee musim kedua di Mega View, Menara Kuala Lumpur.

Terdahulu, satu laporan akhbar telah mendakwa Erma Fatima bakal memfailkan cerai terhadap suaminya.

Difahamkan melalui laporan tersebut, teman rapatnya yang mendedahkan rahsia tersebut tekanan hidup Erma selepas bermadu dengan Aida Abdullah kini sedang hamil.

Jelas Bade lagi, dia tidak ambil pusing dengan gosip yang bertebaran kerana akui sudah masak dengan permainan industri hiburan.

Erma dan Bade telah berkahwin pada 30 November 1990 dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.


#ALHAMDULILLAH.
~ERMA FATIMAH MASIH ISTERI SAYA - BADE HJ AZMI~ ~ERMA FATIMAH MASIH ISTERI SAYA - BADE HJ AZMI~ Reviewed by Unknown on Saturday, August 30, 2014 Rating: 5

No comments