Luahan Sayu Bekas Suami Abby, Muhammad Noor Farhan Che Bakar Isu Cerai : Apa Yang Berlaku Sesuatu Yang Amat Sukar Baginya !

Sebagai seorang lelaki mungkin amat berat bagi Muhammad Noor Farhan Che Bakar 24, untuk menempuhi apa yang di alami nya hari ini.

Beliau hanya insan biasa yang masih muda dulu nya tidak di kenali oleh sesiapa pun kecuali keluarga dan kawan-kawan terdekat dengan nya.
Namun setelah diri nya memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon Jelita bernama Abby Abadi nama nya mula di kenali dan menjadi sebutan.

Dengan raut wajah yang handsome dan mempunyai latarbelakang seorang insan yang amat baik, amat lah sesuai diri nya untuk bersama seorang insan cantik dan terkenal seperti Abby Abadi walaupun jarak umur mereka agak jauh.
Mereka memilih untuk mendirikan rumahtangga jalan yang terbaik untuk mereka berkongsi kasih sayang mereka, di awal pernikahan mereka rata-rata amat menyanjungi apa yang mereka lakukan dan semua mendoakan jodoh mereka berkekalan.

kehidupan mereka amat bahagia dengan foto-foto mereka amat senang untuk di lihat dilaman-laman sosial, namun dalam seminggu dua ini timbul desas desus di media sosial yang hubungan mereka kini bergolak, apabila Abby memuat naik status di laman sosial supaya mendoakan kebahagian mereka berdua.
Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Abby memfailkan cerai dan mendakwa Farhan sudah 2 kali melafazkan cerai terhadap nya, keputusan kes ini akan di sebut 11 jun nanti.

Namun dalam setuasi ini Farhan nampak lebih tertekan berbanding Abby mungkin faktor usia dan pengalaman mebuatkan farhan begitu sugul dan sedih sehinggakan tidak mahu di temu bual oleh para wartawan, berbanding Abby yang nampak lebih terbuka.

Pada Farhan dan Abby mungkin dugaan untuk anda, bukan semua orang mahu apa yang berlaku seperti anda beruda alami mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, jadi kehidupan mesti di teruskan walau apa pun status anda.
Luahan Sayu Bekas Suami Abby, Muhammad Noor Farhan Che Bakar Isu Cerai : Apa Yang Berlaku Sesuatu Yang Amat Sukar Baginya ! Luahan Sayu Bekas Suami Abby, Muhammad Noor Farhan Che Bakar Isu Cerai : Apa Yang Berlaku Sesuatu Yang Amat Sukar Baginya ! Reviewed by Anonymous on Tuesday, June 03, 2014 Rating: 5

No comments